SERAMAI 50 anak yatim Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah (RKK TAF) diraikan pada majlis Sambutan Hari Jadi di perkarangan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang. FOTO Mohd Rafi Mamat
SERAMAI 50 anak yatim Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah (RKK TAF) diraikan pada majlis Sambutan Hari Jadi di perkarangan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang. FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


SERAMAI 50 anak yatim Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah (RKK TAF), di Pekan diraikan pada majlis Sambutan Hari Jadi di perkarangan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, semalam.

Program anjuran Lembaga Pelawat RKK TAF itu bertujuan untuk meraikan kanak-kanak sambil mengeratkan hubungan dengan kakitanganyang bertanggungjawab menguruskan mereka sejak kecil lagi.

Pengarah JKM Zulkhairi Zainol Abidin berkata, pelbagai aktiviti diadakan yang dapat menggembirakan kanak-kanak terbabit sambil berpeluang menikmati makanan disediakan.

Katanya, RKK TAF ditubuhkan bertujuan untuk mencegah dan mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan secara menyeluruh.

“Enam kategori kanak-kanak yang layak ditempatkan di RKK TAF seperti anak yatim, kanak-kanak yang didera, terbiar dan ditinggalkan ibu bapa serta anak banduan.

“Kanak-kanak terbabit mendapat penjagaan sepenuhnya selain diberi pendidikan akademik, kaunseling dan agama sebagai bekalan,” katanya yang sentiasa memberi perhatian kebajikan golongan terbabit.

Beliau berkata, kanak-kanak terbabit memerlukan pembelaan bagi menjamin masa depan mereka terus terbela walaupun ada yang ditinggalkan keluarga.

Sementara Zulkhairi berkata, Pejabat JKM negeri sudah berpindah ke bangunan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Jalan Tanah Putih yang dapat memberi lebih keselesaan kepada pelanggan.

“Saya berharap pihak yang berurusan dengan JKM boleh terus datang ke pejabat baharu yang mempunyai pelbagai kemudahan selesa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Disember 2019 @ 9:25 AM