PENYOKONG JDT membanjiri Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 antara JDT menentang Kedah menerusi skrin gergasi. FOTO BERNAMA
PENYOKONG JDT membanjiri Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 antara JDT menentang Kedah menerusi skrin gergasi. FOTO BERNAMA
Mohd Sabran Md Sani


KERAJAAN Johor mengisytiharkan cuti khas peristiwa esok susulan kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia, malam ini.

Pengumuman dibuat Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani selepas JDT menewaskan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor.

“Menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan mengisytiharkan hari Ahad, 3 November 2019 (esok) sebagai hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat Johor.

“Cuti khas peristiwa ini sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, sebentar tadi.

Menurutnya, pemberian cuti khas peristiwa itu sebagai tanda meraikan dan memberikan penghargaan kepada semua penyokong pasukan JDT yang memberikan sepenuh komitmen dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada JDT dalam mengharumkan nama Johor Darul Ta’zim.

“Keputusan pengisytiharan cuti khas peristiwa ini adalah selaras peruntukan kuasa diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 11:37 PM