NARAYANA Reddy meninggal dunia Ahad lalu.
NARAYANA Reddy meninggal dunia Ahad lalu.
Suraya Roslan


KOMUNITI YouTube mengucapkan selamat jalan kepada cef terkenal atau lebih dikenali sebagai Grandpa Kitchen yang meninggal dunia, Ahad lalu.

Bintang Youtube yang mempunyai 6.1 juta pengikut itu, Narayana Reddy, 73, cukup popular dengan menyajikan pelbagai resipi dimasak dalam kuantiti besar untuk diberi makan kepada golongan kurang bernasib baik.

Saluran Grandpa Kitchen memberi penghormatan kepada Reddy semalam dengan menyiarkan video perjalanan terakhir lelaki itu yang sehingga kini menerima 1.7 juta tontonan.

Saluran itu menyiarkan perjalanan terakhir jasad mendiang diusung keluarga dan rakan serta upacara pembakaran mayat dihadiri komuniti di India.

Bagaimanapun, sebab kematian Reddy tidak dapat dipastikan.

Bermula 2017, Grandpa Kitchen cukup popular di seluruh dunia apabila Reddy yang sinonim memakai pakaian tradisi masyarakat India dikenali dhoti dilihat memasak sambil duduk dengan berlatar belakang suasana kampung.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Oktober 2019 @ 8:34 PM