PENGETUA  Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban, Roslin Balia bersalaman dengan calon sebelum memasuki dewan  peperiksaan bagi menduduki subjek GKT Kertas 1.
PENGETUA Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban, Roslin Balia bersalaman dengan calon sebelum memasuki dewan peperiksaan bagi menduduki subjek GKT Kertas 1.
Oleh Rosyahaida Abdullah


“Bagi saya, cara ini sememangnya lebih baik, malah amat melegakan kerana membolehkan kami mengulang kaji sedikit demi sedikit,” kata Muhammad Amiruddin Ahmad Mohamad.

Muhammad Amiruddin, 17, antara pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Jalan Kampung Pandan yang terbabit dalam Fasa 1 peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula semalam.

Menurut calon SPM aliran sub sains itu dengan selesainya kertas Grafik Komunikasi Teknikal (GKT), dia kini boleh memberi tumpuan kepada lapan mata pelajaran lain yang akan diadakan pada Fasa 2 bulan depan.

“Semoga saya dapat memanfaatkan tempoh tiga minggu sebelum Fasa 2 bermula untuk beri tumpuan sepenuhnya kepada ulang kaji lapan mata pelajaran lagi dan skor semuanya.

“Rancangan saya selepas ini adalah untuk sambung pengajian dalam bidang artificial intelligence (kecerdasan buatan) (sains komputer) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” katanya.

 BAPA menghantar anak yang menduduki Peperiksaan SPM  di  Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek, Tanjung Minyak, Melaka.
BAPA menghantar anak yang menduduki Peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek, Tanjung Minyak, Melaka.

Bagi Mok Seow Tung, 17, dia tiada masalah dengan pelaksanaan peperiksaan SPM secara berfasa itu walaupun terpaksa kembali semula ke kelas sejurus habis peperiksaan pagi tadi. (semalam).

“Mungkin sedikit berbeza berbanding calon SPM tahun lalu, tetapi mungkin juga kami bertuah kerana mempunyai masa untuk mengulang kaji mata pelajaran lain pula selepas ini.

“Sekurang-kurangnya, mata pelajaran elektif yang lebih ringan seperti ini sudah selesai. Mari kita fokuskan kepada mata pelajaran teras pula,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Aminuddin Baki, Siti Sarimah Shaik Abd Rahman berkata, seramai 172 calon di sekolahnya menduduki SPM pada tahun ini dengan 36 daripadanya terbabit dalam Fasa 1.

 CALON Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki keluar dari dewan selepas peperiksaan SPM Fasa 1.
CALON Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki keluar dari dewan selepas peperiksaan SPM Fasa 1.

Jelas beliau, semua calon SPM yang terbabit dalam Fasa 1 akan kembali ke kelas seperti biasa sejurus habis peperiksaan bagi mengikuti Program Pecutan SPM yang dilaksanakan pihak sekolah.

“Bagi pelajar yang tidak terlibat dengan mana-mana kertas peperiksaan bagi Fasa 1, mereka akan terus mengikuti program sekolah sebagai persediaan akhir menjelang Fasa 2 pada 5 November nanti.

“Walaupun pasca Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sedang berlaku di mana ada guru yang terbabit dalam tugas pemarkahan PT3, dengan Fasa 1 SPM pula sedang berlangsung, pengajaran dan pembelajaran (PDP) dapat diurus dengan baik.

“Sebaik saja Fasa 1 selesai, peperiksaan akhir tahun akan dilaksanakan secara berperingkat membabitkan tingkatan satu, dua dan empat, malah sekolah turut merencana program untuk pelajar lepasan PT3 sebagai persediaan mereka menghadapi aliran khusus di tingkatan empat,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di sekolah terbabit, mendapati rata-rata pelajar yang menduduki kertas pertama Fasa 1 SPM tahun ini terus menuju ke kelas masing-masing sejurus selesai peperiksaan.

PELAJAR Maktab Sultan Abu Bakar,  Johor Bahru melakukan persiapan terakhir.
PELAJAR Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru melakukan persiapan terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Oktober 2019 @ 7:10 AM