GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohamad Hussin


LOJI Rawatan Air Sungai Semenyih yang dihenti tugas selama 13 jam 30 minit berikutan pencemaran bau di sumber air mentah telah kembali beroperasi sepenuhnya pada 6.30 pagi, hari ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, ia menyebabkan pengurangan pengeluaran harian air terawat sejumlah 357 juta liter sehari.

Beliau berkata, pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan dan pihak Air Selangor akan mengemas kini status dari semasa ke semasa.

“Proses bagi meningkatkan paras Kolam Imbangan dan penyaluran ke sistem agihan dan kolam perkhidmatan di kawasan terjejas sedang berlangsung sebelum bekalan dapat disalurkan bagi proses pemulihan berperingkat.

“Bantuan lori tangki air digerakkan dan 10 Pusat Khidmat Setempat (PKS) diaktifkan bermula 8 pagi tadi.

“Ia bagi menyalurkan bantuan kepada pelanggan yang terjejas hingga bekalan pulih sepenuhnya.

“Segala usaha diambil bagi mempercepatkan pemulihan bekalan dan kerjasama pelanggan amatlah dihargai,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya selepas berlaku pencemaran bau dengan bacaan lima ton di sumber air mentah Sungai Semenyih.

Insiden pencemaran ini kali keempat bagi tahun ini membabitkan loji utama terpaksa dihenti tugas dan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar membabitkan kawasan yang luas.

Henti tugas loji berikutan pencemaran kali ini akan menyebabkan sebanyak 204 kawasan membabitkan sejumlah 372,031 akaun pelanggan berdaftar di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual.

Senarai Lokasi Pusat Khidmat Setempat (PKS)

WILAYAH PETALING

1. Kolam Sedut Pinggiran Putra, Persiaran Pinggiran Putra, Seri Kembangan.

Koordinat : 2.9918502, 101.6760405

2. Taman Wawasan, Persiaran Indera, Taman Wawasan, Puchong.

Koordinat: 3.0334930, 101.6222664

3. Pusat Perdagangan Seri Kembangan, Jalan PSK 9, Seri Kembangan.

Koordinat: 3.0162582, 101.6988053

4. USJ 4, Jalan USJ 4/5, Subang Jaya.

Koordinat: 3.0519180, 101.5753938

WILAYAH HULU LANGAT

1. Hadapan Pustaka Rakyat Bandar Puteri Bukit Mahkota.

Koordinat : 2.880702.101.794887

2. Berhampiran Flat Jubli Perak, Persiaran Pekeliling, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi

Koordinat : 2.57191. 101.46344

3. Berhadapan Kedai Nasi Kukus Towe, Jln Kesuma 3/1, Bandar Tasek Kesuma Beranang

Koordinat : 2.905905,101.866013

WILAYAH SEPANG

1.Putrajaya Central (bersebelahan dengan stesen ERL/Hospital Putrajaya

Koordinat : 2.9332771,101.6706183

2.Masjid Taman Putra Perdana, Puchong

Koordinat : 2.944167,101.611389

WILAYAH KUALA LANGAT

1.Jalan Gangsa, Telok Panglima Garang (hadapan Pasaraya Segi)

Koordinat : 2.919474,101.474105

Berita berkaitan

204 kawasan bakal terjejas gangguan bekalan air

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 September 2019 @ 10:13 AM