DR Farahidah bersama produk krim panas dan sejuk iGesic. FOTO Mohd Rafi Mamat
DR Farahidah bersama produk krim panas dan sejuk iGesic. FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


PENSYARAH farmasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan di sini, menghasilkan iGesic, iaitu produk krim panas dan sejuk pelbagai kegunaan.

Produk keluaran anak syarikat UIAM kampus Kuantan, IKOP Sdn Bhd itu turut mempunyai sijil halal.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Prof Dr Farahidah Mohamed berkata, pihaknya menjalankan penyelidikan selama enam bulan untuk menghasilkan produk berkenaan.

Menurutnya, iGesic dihasilkan menggunakan campuran minyak herba bagi menghasilkan bau dan kesan berangin atau mentol serta dan panas.

“Produk ini sudah berada di pasaran tempatan dan permintaannya sentiasa meningkat meskipun mendapat persaingan hebat jenama lain termasuk keluaran antarabangsa,” katanya, semalam.

Beliau berkata, iGesic amat sesuai digunakan atlet, warga emas dan mereka aktif melakukan aktiviti fizikal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 September 2019 @ 5:15 AM