SUSPEK kes bunuh rakan serumahnya ditahan di belakang kedai tayar di Seksyen 15, Shah Alam, 4.30 petang hari ini. FOTO ihsan polis.
SUSPEK kes bunuh rakan serumahnya ditahan di belakang kedai tayar di Seksyen 15, Shah Alam, 4.30 petang hari ini. FOTO ihsan polis.
Nur Lela Zulkipli


POLIS menahan lelaki warga Myanmar yang dipercayai membunuh rakan serumahnya di kawasan rumah kedai di Seksyen 15, Shah Alam, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, hasil risikan pihaknya menahan suspek di belakang kedai tayar di Seksyen 15, 4.30 petang hari ini.

“Suspek mengaku terbabit dalam kes pembunuhan itu berdasarkan soal siasat awal.

“Suspek membawa pihak polis ke peti surat asrama bagi menunjukkan pisau digunakannya untuk menikam mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan memohon reman terhadap suspek esok bagi membenarkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, kes itu dianggap selesai dengan penahanan suspek berkenaan.

Portal berita Harian Metro hari ini melaporkan polis memburu seorang lelaki warga Myanmar, Zaw Thin, 36, yang menikam rakan senegaranya dalam satu pergaduhan di asrama pekerja kilang di kawasan rumah kedai di Seksyen 15, Shah Alam.

Dalam kejadian 8 malam itu, suspek menikam rakan serumahnya ketika di bawah pengaruh alkohol.

Pergaduhan itu menyebabkan mangsa berumur 27 tahun cedera di bahagian perut kesan daripada tikaman suspek dan kejadian itu turut disaksikan penduduk sekitar.

Berita berkaitan

'Buru lelaki bunuh rakan serumah'

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Ogos 2019 @ 10:34 PM