FOTO hiasan
FOTO hiasan
Mohd Azam Shah Yaacob


POLIS melarang orang ramai menyertai perhimpunan ‘Say No to Zakir Naik, Equal Rights To Indian & Other Races’ yang akan diadakan di Brickfields, Sabtu ini.

Pemangku Ketua Polis Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, ini kerana notis dikemukakan penganjur perhimpunan tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang.

“Polis sudah menerima notis pemakluman mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 daripada penganjur yang berhasrat mengadakan perhimpunan di Water Fountain Little India, Brickfields jam 2 petang.

“Bagaimanapun, notis dikemukakan penganjur perhimpunan didapati tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya meminta orang ramai tidak menyertai perhimpunan itu bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan awam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Ogos 2019 @ 10:08 PM