BARANGAN dan wang dirampas daripada suspek. FOTO Mohd Khidir Zakaria
BARANGAN dan wang dirampas daripada suspek. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria


TUJUH individu termasuk seorang warga emas ditahan polis ketika leka bermain judi mahjong dan jinrami di sebuah kedai kopi secara terbuka di Chuah, Port Dickson, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian 3 petang itu, empat lelaki dan tiga wanita berusia 50 hingga 84 tahun ditahan.

Katanya, siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan di kedai kopi yang menjadi tumpuan awam sejak beberapa bulan lalu.

“Premis ini sudah beberapa kali diserbu namun individu ini masih berdegil. Semua mereka berusia 50 hingga 84 tahun dibawa polis ke IPD Port Dickson untuk siasatan,” katannya.

Aidi Sham berkata, semua suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Dalam serbuan ini, polis merampas merampas alatan judi seperti kertas mahjong, cip dan wang tunai berjumlah RM565. Semua suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson dalam masa terdekat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 12:47 PM