NURUL Erwani berkongsi kegembiraan di laman sosial, Instagram miliknya, _nrlerwani. FOTO Intsagram
NURUL Erwani berkongsi kegembiraan di laman sosial, Instagram miliknya, _nrlerwani. FOTO Intsagram
Faliq Lajim


IBU Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, Nurul Erwani Zaidi berkongsi kegembiraan di laman sosial Instagram miliknya, _nrlerwani, hari ini, apabila bayi perempuannya berusia 10 bulan itu kini sudah pandai meniarap dan bermain permainan.

Nurul Erwani, 24, berkata, doktor yang merawat dan memantau kesihatan Ainul Mardhiah turut menyifatkan anaknya itu cerdik dan cepat sangat belajar.

“Alhamdulillah seronok Ainul dapat meniarap, grab (genggam) mainan. Dr (doktor) bagi mainan macam-macam, ada lampu-lampu.

“Dr sangat happy (gembira) dengan Ainul sebab Ainul cerdik, cepat sangat belajar apa yang Dr suruh buat.

“Tersenyum simpul Ainul dapat main dengan Dr hari ni. Dr dekat sini pun sangat positif, bagi pujian dekat Ainul,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Instagram miliknya.

Dalam hantaran itu, Nurul Erwani juga menjelaskan dia akan membuat rakaman video Ainul Mardhiah.

“Nanti mama (Nurul Erwani) buat video ya tunjuk Ainul meniarap. Sekarang Ainul tengah tidur baru lepas belajar meniarap, dah penat terus tidur ‘have a good day’ (selamat menempuhi hari yang indah) semua,” katanya.

Ainul Mardhiah, sebelum ini menghidap ‘Germ Cell Tumour’ dan selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya itu di sebuah hospital di London pada 10 Jun lalu.

Ketumbuhan pada mulut bayi itu yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram, berjaya dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

  • Lagi berita berkaitan Ainul Mardhiah
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 9:54 PM