KEMALANGAN membabitkan bas dan empat kereta di Kilometer 130 Lebuh Raya PLUS berhampiran Yong Peng, Batu Pahat. FOTO IHSAN JBPM JOHOR
KEMALANGAN membabitkan bas dan empat kereta di Kilometer 130 Lebuh Raya PLUS berhampiran Yong Peng, Batu Pahat. FOTO IHSAN JBPM JOHOR
Ibrahim Isa


SEORANG individu cedera dalam kemalangan lima kenderaan termasuk sebuah bas di Kilometer 130 Lebuhraya PLUS arah utara, Johor Bahru, petang tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Ibnul Kasim Ahmad Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.24 petang.

“Tujuh anggota membabitkan satu jentera dikejarkan ke lokasi dan kami mendapati kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah bas.

“Antara kereta terbabit dalam kemalangan ialah dua Toyota Vios dan masing-masing sebuah Proton Saga dan Inspira,” katanya dalam satu kenyataan.

Ibnul berkata, mangsa yang cedera adalah salah seorang penumpang Proton Saga manakala individu lain terselamat.

“Kemalangan lima kenderaan itu membabitkan 31 mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Jun 2019 @ 9:00 PM