Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HUS untuk dibedah siasat. FOTO Ihsan Pembaca
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HUS untuk dibedah siasat. FOTO Ihsan Pembaca
Garret Dawum


WARGA emas maut dihempap kereta yang sedang dibaiki di Taman Three Hills, Kuching semalam.

Dalam kejadian 6.20 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Lim, 62, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa sedang membaiki kereta di tempat letak kereta rumahnya.

“Malang menimpa apabila jek yang digunakan untuk mengangkat kereta tumbang menyebabkan kereta terjatuh lalu menghempap dadanya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia selepas diperiksa anggota paramedik,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Laporan polis berhubung kejadian juga sudah dibuat keluarga mangsa dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 1:29 PM