SUSPEK dan ganja yang dirampas. FOTO Ihsan Polis.
SUSPEK dan ganja yang dirampas. FOTO Ihsan Polis.
Shamsul Munir Safini


Polis memberkas seorang lelaki berusia 30-an dan merampas dua ketulan ganja sudah dipotong di Taman Pelangi, Bukit Mertajam, kelmarin.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Bukit Tengah sedang melakukan rondaan terserempak dengan suspek dalam keadaan mencurigakan di depan sebuah rumah kedai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemeriksaan mendapati suspek membawa bersama satu beg plastik warna hitam.

“Beg plastik berkenaan mengandungi daun-daun kering mampat disyaki ganja.

“Suspek memegang plastik itu pada tangan kanannya dan dia kemudian ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, hasil ujian saringan awal air kencing suspek juga positif dadah dan dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 3:48 PM