Mohammad Ashraf masih belum ditemui. FOTO Ihsan Pembaca
Mohammad Ashraf masih belum ditemui. FOTO Ihsan Pembaca
Mohd Hafizee Mohd Arop


“SAHUR pertama Ramadan setiap tahun, kami berkumpul adik beradik di rumah emak dan bersahur bersama-sama namun kali ini tidak lagi kerana Acap tiada dan saya sibuk turun naik ke Gopeng.

“Perasaan kami sekeluarga hanya Allah SWT saja yang tahu kerana sehingga hari ini Acap masih belum ditemui sejak kehilangannya,” kata Mohd Zahiruddin Hassan, 35, abang kepada Mohammad Ashraf Hassan, 29, peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak 23 Mac lalu.

Mohd Zahiruddin berkata, ibunya, Siti Maznah Khamis, 62, sering bertanyakan kepadanya di mana Acap dan sudah pasti naluri ibu terlalu merindui anaknya itu yang hilang tanpa petunjuk.

“Emak setiap hari tanya pada saya mana Acap, saya hanya mampu menenangkan emak dan beritahu akan terus mencari adik saya itu tanpa henti kerana kami yakin menemuinya.

“Memang saya dapat rasakan kesedihan ditanggung emak terutama Ramadan dan akan menyambut Aidilfitri nanti,” katanya ketika dihubungi di Ipoh hari ini.

Menurut Mohd Zahiruddin, dia bersama kumpulannya masih meneruskan pencarian di lokasi adiknya itu dilaporkan hilang dalam skala kecil pada Ramadan ini termasuk dengan bantuan penduduk.

Katanya, walaupun masih belum menemui sebarang petunjuk secara fizikal namun dia tidak berputus asa untuk terus mencari adiknya itu dan berharap Acap ditemui selamat.

Acap dilaporkan hilang 23 Mac lalu selepas tidak menamatkan lariannya pada Gopeng Ultra Trail sebelum rakannya membuat laporan polis bagi membolehkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

SAR kemudiannya dijalankan keesokan namun gagal menemui petunjuk sebelum polis dan bomba memberhentikan operasi pada 17 April lalu bagi membolehkan penduduk melakukan pencarian selepas 26 hari SAR dijalankan.

Pasukan pencarian di lokasi kehilangan Acap juga ada menemui serpihan tulang sebelum ia disahkan milik manusia oleh Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) 22 April lalu.

Selepas disahkan tulang lama milik manusia, serpihan itu sudah dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor, untuk padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan keputusan akan diperoleh antara sebulan hingga dua bulan.

Berita berkaitan

'Itu bukan tulang Acap'

'Beri peluang kami cari'

SAR Acap dihentikan sementara

Bincang henti sementara ops cari Acap

Di mana noktahnya, hanya Allah yang tahu

[UPDATE] 'Saya yakin suami pulang dengan selamat

[UPDATE] Aishah rindu daddy...

[UPDATE] Acap terus dijejaki

Operasi besar-besaran cari Acap [METROTV]

‘Tiada petunjuk baharu’

‘Tunjukkan lokasi Acap di Johor’

18 hari dah Acap...

Acap di Johor?

Tepati syariat dalam pencarian Acap - Mufti

Penganjur nafi hebah ops cari Acap [METROTV]

Semoga Acap cepat ditemui

Ambil tindakan penyebar kenyataan palsu Acap

Tiada ganjaran pencarian Acap

’Acap...mak kat sini...balik nak’ [METROTV]

Tiada petunjuk, SAR Acap dihentikan

Rakan yakin Acap selamat

Peserta hilang ketika larian

’Baliklah Acap, mak masak asam pedas...’

Masih tiada petunjuk pencarian Acap

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mei 2019 @ 1:13 PM