ABD Rasit dibantu isterinya ketika mendapatkan rawatan di IJN.
ABD Rasit dibantu isterinya ketika mendapatkan rawatan di IJN.
Mohamad Hussin


“SAYA akan menjalani pembedahan pemasangan mekanikal Left Ventricular Assist Device (LVAD) dalam masa terdekat ini.

“Saya berterima kasih kepada Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) kerana meluluskan kos pembedahan LVAD yang menelan belanja RM500,000,” kata Abd Rasid Muhammad Shah, 50, yang mengalami masalah jantung Ventrikular Takikardia (VT) sejak 2007.

Abd Rasid yang juga bekas Ketua Juruteknik Bahagian Pengeluaran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) berkata, Yayasan IJN sudah meluluskan kos pembedahan itu, bagaimanapun dia memerlukan RM200,000 lagi untuk bayaran kos rawatan lain.

“Pada Januari 2016, saya menerima pencen ilat dengan bayaran RM1,900 sebulan. Namun, jumlah itu tidak mampu menanggung kos rawatan.

“Bantuan RM200,000 yang dipohon adalah untuk kos rawatan lain diperlukan.

“Sejak menerima pencen ilat, saya tidak bekerja manakala isteri, Sharifah Ismail, berusia 51 tahun hanya suri rumah dan menjaga saya di hospital,” katanya.

Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank atas nama IJN Foundation di 564258577396 atau akaun CIMB 8600056491.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2019 @ 3:45 PM