BERNAMA

JENAZAH mangsa culik rakyat Malaysia di Filipina dijadual diterbangkan pulang ke Malaysia esok dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sandakan, Jumaat 7.45 pagi, menurut Kementerian Luar.

Konsul Jeneral Malaysia ke Davao City dihantar ke Zamboanga sejak 5 April lalu bagi memantau keadaan mangsa di samping menghulurkan bantuan sewajarnya kepada keluarganya.

“Beliau juga sedang menyempurnakan urusan supaya jenazah mangsa dibawa pulang ke tanah air dengan segera,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Kementerian Luar mengesahkan mangsa culik itu, Jari Abdullah, 34, meninggal dunia di West Metro Medical Centre, Zamboanga City, Mindanao, 9 April lalu, pada 1.17 petang (waktu tempatan).

Wisma Putra merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga dan kenalan mangsa di atas kejadian itu.

“Kerajaan Malaysia ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan serta pihak berkuasa Filipina di atas usaha mengesan dan menyelamatkan mangsa sejak diculik pada 6 Disember lalu,” katanya.

Jari yang juga nelayan meninggal dunia ketika dirawat selepas terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada menjadi tebusan kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Simusa, Sulu.

Difahamkan mangsa parah akibat terkena tembakan di belakang tengkuk, paha dan perut ketika serangan tentera Filipina di pusat persembunyian Abu Sayyaf di Kepulauan Sulu, 4 April lalu.

Berita berkaitan:

  • 'Jenazah Jari dibawa pulang segera'
  • 'Anak cakap bapanya masih hidup'
  • Nelayan diculik meninggal
  • Ibu, isteri Jari Abdullah ke Zamboanga
  • Tebusan Abu Sayyaf lemas ketika larikan diri
  • Anak kerap panggil bapa
  • Semoga Jari cepat sembuh...
  • Bantulah kami...
  • 'Tolong selamatkan suami saya'
  • Culik: Tiada panggilan baharu
  • Sah kena culik!
  • [UPDATE] Bot ada, orang tiada...
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 April 2019 @ 10:16 PM