JARI Abdullah yang diculik Disember tahun lalu. FOTO Arkib NSTP
JARI Abdullah yang diculik Disember tahun lalu. FOTO Arkib NSTP
Hazsyah Abdul Rahman


RAKYAT Malaysia, Jari Abdullah yang diculik kumpulan Abu Sayyaf, 6 Disember lalu, disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di bandar Zamboanga, Selatan Filipina, hari ini.

Mangsa berusia 34 tahun dilaporkan menghembuskan nafas terakhir disisi ibunya, Zuana Laudianto, 54, jam 1.30 tengah hari tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian.

“Saya ada menerima laporan pada tengah hari tadi.

“Mangsa sudah meninggal dunia dan urusan membawa balik jenazah mangsa diatur oleh pihak Kementerian Luar Malaysia,” katanya.

Difahamkan, Jari parah selepas terkena tembakan di kepala dan dada ketika menyelamatkan diri daripada menjadi tebusan kumpulan Abu Sayyaf, pada 4 April lalu, di Pulau Simusa, Sulu.

Mangsa terbabit kemudiannya ditemui pasukan keselamatan Filipina sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut sejak lima hari lalu.

Dua rakannya, warga Indonesia yang turut diculik berjaya ditemui pasukan keselamatan.

Bagaimanapun Hariadin, 45, dilaporkan lemas manakala Heri Ardiansyah, 19, dilaporkan selamat.

Pada 6 Disember lalu, mereka bertiga yang sedang memukat ikan di perairan Pegasus Reef Kinabatangan, diculik kumpulan Abu Sayyaf.

Berita berkaitan:

  • Ibu, isteri Jari Abdullah ke Zamboanga
  • Anak kerap panggil bapa
  • Semoga Jari cepat sembuh...
  • Bantulah kami...
  • 'Tolong selamatkan suami saya'
  • Culik: Tiada panggilan baharu
  • Sah kena culik!
  • [UPDATE] Bot ada, orang tiada...
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2019 @ 7:35 PM