FARID menunjukkan perabot dihasilkan. FOTO Nazri Abu Bakar.
FARID menunjukkan perabot dihasilkan. FOTO Nazri Abu Bakar.
Nazri Abu Bakar


GRADUAN Diploma Pengajian Perniagaan Universiti MARA (UiTM) Kampus Lendu, Alor Gajah, ini menggunakan kreativitinya untuk menghasilkan perabot dan perhiasan menggunakan barangan terbuang.

Farid Sulaiman, 31, dari Kampung Bukit Gedung, menghasilkan lebih 30 perabot menggunakan tayar terpakai, tong minyak dan besi buruk dikumpul di pusat mencuci kereta milik bapanya Jalan Puteri Hang Li Po, Bukit Cina.

Antara rekaan menarik graduan ini adalah tempat duduk menggunakan bahagian depan kereta model Mini.

Selain itu graduan ini menggunakan tayar lama dan rim terpakai untuk menghasilkan meja bacaan.

“Biasanya, tayar terpakai, rim dan tong minyak diperoleh daripada kawan-kawan, kedai tayar dan jiran.

“Meskipun barangan asas diperoleh secara percuma saya kena juga keluarkan sedikit wang untuk mendapatkan hasil berkualiti dan menarik,” katanya.

Menurutnya, hasil kerjanya mendapat perhatian pelanggan singgah mencuci kereta di kedai bapanya hingga ada yang membuat tempahan.

Jelasnya, tempahan itu adalah untuk kegunaan agensi tertentu dan dijual pada harga amat berpatutan.

Dia berasa puas setiap kali rekaannya menjadi satu produk, selain bangga barang terbuang boleh dimanfaat untuk kegunaan umum.

“Memang apa saya lakukan sekarang tidak ada kena mengena dengan kursus pengajian sebelum ini.

“Saya tak layan sindiran dan pandangan sinis kerana secara peribadi berpendapat

setiap pekerjaan dilakukan mampu menjana pendapatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 4:17 PM