Suraya Roslan dan Mohd Rizal Abdullah


DATARAN Merdeka, hari ini bergema dengan laungan hidup kedamaian, perpaduan dan tolak kebencian, susulan Perhimpunan Solidariti Kedamaian.

Ribuan peserta tanpa mengira agama dan ideologi politik berkumpul dengan masing-masing mengenakan pakaian putih.

Turut berhimpun dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Senator P Waytha Moorthy.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad dan Menteri Pertanian dan Industri Tani Datuk Salahuddin Ayub selain wakil penganut Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan Tao.

Perhimpunan dimulai dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Negara Amru AlHaz Adnan diikuti ucapan solidariti Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri dan wakil agama masing-masing.

Menggunakan simbol burung merpati putih berlatar belakangkan bunga raya sebagai simbol kedamaian, perhimpunan bermula di hadapan pusat beli-belah Sogo pada 7 pagi sebelum peserta berarak ke Dataran Merdeka.

Himpunan itu dianjurkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) dan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) dengan kerjasama Civil Society Organisation.

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Christchurch
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mac 2019 @ 8:56 AM
    ORANG ramai yang menyertai Himpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. FOTO Azhar Ramli.
    ORANG ramai yang menyertai Himpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. FOTO Azhar Ramli.