POLIS kelihatan di sekitar masjid yang diserang pengganas di Christchurch di New Zealand. FOTO AFP
POLIS kelihatan di sekitar masjid yang diserang pengganas di Christchurch di New Zealand. FOTO AFP
Siti A’isyah Sukaimi


SEHINGGA jam 5 petang hari ini, Kementerian Pendidikan melalui Education Malaysia Australia mengesahkan tiada penuntut Malaysia di Christchurch yang terbabit dalam insiden serangan pengganas di dua masjid di negara itu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, kebanyakan penuntut terbabit berada di universiti masing-masing semasa insiden berkenaan berlaku.

“Terdapat dua universiti di Christchurch yang mempunyai penuntut Malaysia iaitu Canterbury University dan Lincoln University.

“Pihak Education Malaysia Australia sudah berhubung dengan wakil penuntut Malaysia di kedua-dua universiti berkenaan dan mengesahkan jumlah mereka di Canterbury University adalah seramai 270 orang, manakala di Lincoln University adalah seramai 33 orang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua penuntut dan rakyat Malaysia yang berada di sekitar Christchurch dan bandar lain di New Zealand dinasihatkan untuk menjaga keselamatan dan sentiasa mengikuti perkembangan dan arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan kejam individu ganas yang menyerang umat Islam di dalam masjid di Christchurch, New Zealand,” katanya.

Berita berkaitan

Ibu Rahimi ke New Zealand esok

'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'

'Terkejut anak cedera'

'Suami saya cedera teruk'

Tembakan selepas azan pertama

"Meremang bulu roma saya"

[UPDATE] 49 sudah terbunuh

'Jangan kongsi video tembak'

'Saya hanya nak suami selamat'

[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 9:44 PM