Usaha memindahkan mangsa giat dilakukan termasuk daripada pengurusan bot pelancongan itu. FOTO Ihsan Pembaca.
Usaha memindahkan mangsa giat dilakukan termasuk daripada pengurusan bot pelancongan itu. FOTO Ihsan Pembaca.
Aizat Sharif


SEBUAH feri penumpang milik Dragon Star Shipping Sdn Bhd yang dalam perjalanan dari Terminal Feri Pulau Langkawi, Kuah ke Terminal Feri Kuala Perlis terbakar berhampiran Selat Kuah, Langkawi.

Berikut adalah kronologi kebakaran feri berkenaan:

  • 2.30 petang: Seramai 52 orang dan enam anak kapal mula memenuhi feri yang bakal memulakan pelayaran dari Terminal Feri Pulau Langkawi.


    PEMILIK bot pelancongan membantu menyelamatkan mangsa dari feri terbakar. FOTO Ihsan Pembaca
    PEMILIK bot pelancongan membantu menyelamatkan mangsa dari feri terbakar. FOTO Ihsan Pembaca

  • 2.40 petang: Feri mula bergerak meninggalkan jeti dan dalam perjalanan, beberapa penumpang mendakwa terbau asap dari arah bahagian belakang feri.

  • 2.45 petang: Kebakaran berlaku di bahagian belakang dipercayai dari enjin. Api kian marak menyebabkan suasana panik dalam feri.


  • 2.48 petang: Panggilan kecemasan dibuat dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dan BBP Langkawi digerakkan ke lokasi.
  • * 2.56 petang: Anggota bomba dan jentera tiba dan menggerakkan tiga bot penyelamat termasuk dari jenis Kevlar ke lokasi kebakaran.

    Keadaan feri yang terbakar sewaktu dalam perjalanan dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis. FOTO Ihsan Pembaca.
    Keadaan feri yang terbakar sewaktu dalam perjalanan dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis. FOTO Ihsan Pembaca.

  • 2.57 petang: Kebanyakan penumpang sudah mula diselamatkan oleh bot penumpang Pulau Tuba dan Bagan Selat yang berada berhampiran lokasi kejadian.

  • 3 petang: Pusat Operasi Maritim Langkawi menerima panggilan kecemasan dan sebagai koordinator bagi operasi menyelamat, Maritim mengkordinasikan lima aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Langkawi termasuk dua jetski.

    Operasi menyelamat juga dibantu tiga bot dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin dan Jabatan Laut Malaysia.

  • 3.10 petang: Kesemua penumpang feri yang terbakar dibawa ke Terminal Feri Langkawi semula dan kerja pemadaman api dilakukan menggunakan tiga pancutan air menerusi Pam Godiva milik JBPM.

  • 3.30 petang: Api dapat dikawal.

  • 4.50 petang: Api dipadamkan sepenuhnya

    Berita berkaitan:

  • Feri terbakar di perairan Langkawi
  • [UPDATE] Penumpang feri selamat [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Februari 2019 @ 9:44 PM