NOOR Rashid Ibrahim ketika menghadiri Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Selangor di Dewan Utama Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor. FOTO Roslin Mat Tahir.
NOOR Rashid Ibrahim ketika menghadiri Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Selangor di Dewan Utama Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor. FOTO Roslin Mat Tahir.
Siraj Mohd Zaini

POLIS akan memanggil 47 rakyat Malaysia yang menjadi tahanan di penjara Kemboja, dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, ia bagi mendapatkan gambaran terperinci mengenai sindiket yang mendalangi kes berkenaan.

“Langkah pertama, kita nak tahu apa cerita sebenar, bagaimana mereka ini masuk ke sana, apa yang dijanjikan, syarikat apa yang menawarkan perkhidmatan.

“Kita nak tengok sama ada wujudnya penipuan, dorongan dan sebagainya. Adakah pihak syarikat memenuhi janji mereka, tempat tinggal, kemudahan dan sebagainya, (dan) kita juga nak lihat kalau ada unsur pemerdagangan manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Selangor, di Shah Alam, hari ini.

Turut hadir Pengarah Pengurusan Polis Bukit Aman Datuk Abd Rahim Jaafar serta Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin.

Noor Rashid berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada sindiket di negara ini berperanan mengumpul pekerja dan bekerjasama dengan sindiket di Kemboja.

Katanya, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 26 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Terdahulu, polis sudah mengenal pasti beberapa warga tempatan disyaki terbabit dengan penipuan pekerjaan sehingga mengakibatkan 47 individu ditahan di Kemboja pada 11 Disember lalu susulan lapan laporan polis dilakukan mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah dilapor berkata, siasatan awal mendapati mangsa diperdaya kononnya untuk bekerja dalam bidang perhotelan di negara berkenaan dengan gaji bulanan antara AS$1,200 hingga AS$1,500 (RM4,880-RM6,107).

Bagaimanapun, katanya, mangsa kemudiannya perlu membayar yuran pemprosesan antara AS$200 (RM814) hingga AS$300 (RM1,221) ke dalam akaun bank salah seorang rakyat tempatan.

Selepas ditahan, beberapa siri rundingan dijalankan sehingga semua tahanan yang berusia 19 hingga 44 tahun dibebaskan daripada Penjara Provinsi Banteay Meanchey, Kemboja, Jumaat lalu.

Berita berkaitan:

Jadi pelatih ‘Macau Scam’ rupanya

Jangan gelap mata dengan gaji lumayan [METROTV]

'47 rakyat Malaysia pulang esok

'Derita 65 hari berakhir'

[UPDATE] 47 warga Malaysia di Kemboja bebas

[UPDATE] 'Rayu minta dibebaskan segera' [METROTV]

'Rindu 63 hari bakal terubat' [METROTV]

Kunjungan bawa harapan tinggi

Keluarga 47 tahanan di Kemboja semakin resah

Seorang masuk hospital

Serah kepada Kemboja jalankan siasatan

Nota diplomatik sudah diserahkan

'Tolong kamek mummy'

Mana kerja dijanjikan?

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Februari 2019 @ 2:47 PM