BOT fiber berjalur merah, biru dan hitam bersama 6 orang pemancing dikhuatiri hilang di perairan Pulau Pinang setelah tidak pulang sejak keluar pagi kelmarin. FOTO Ihsan APMM
BOT fiber berjalur merah, biru dan hitam bersama 6 orang pemancing dikhuatiri hilang di perairan Pulau Pinang setelah tidak pulang sejak keluar pagi kelmarin. FOTO Ihsan APMM
Hadzlihady Hassan


ENAM pemancing dikhuatiri hilang di perairan Pulau Pinang selepas keluar memancing dari Jeti Tanjung Berembang, Nibong Tebal, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, semua pemancing terbabit menaiki bot fiber berjalur merah, biru dan hitam tidak pulang selepas keluar sejak 8 pagi.

Menurutnya, bot terbabit dikendalikan lelaki bernama Khairul Anwar dinaiki bersama lima lagi pemancing.

“Abang kepada seorang daripada mangsa membuat laporan polis selepas adiknya masih belum pulang dan gagal dihubungi.

“Berikutan itu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi sudah mengaktifkan operasi carilamat (SAR) sejurus aduan diterima awal pagi, hari ini,” katanya.

Orang awam diminta melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Februari 2019 @ 10:38 AM