ANGGOTA polis mengiring lelaki berusia 47 tahun dipercayai memukul penjaga kaunter akibat tidak membenarkan membeli minyak masak melebihi dua paket, dibawa untuk mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Balik Pulau. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
ANGGOTA polis mengiring lelaki berusia 47 tahun dipercayai memukul penjaga kaunter akibat tidak membenarkan membeli minyak masak melebihi dua paket, dibawa untuk mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Balik Pulau. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Siti Sofia Md Nasir


LELAKI yang menampar kepala juruwang wanita di kedai serbaneka di Setia Triangle, Bayan Lepas, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Sharmila Abdul Samad di Mahkamah Majistret Balik Pulau.

Suspek yang berumur 47 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Semalam NSTP melaporkan suspek yang bekerja sebagai peniaga itu ditahan polis pada 2 petang di Jalan Nuri, Sungai Ara, di Balik Pulau.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, suspek yang berasal dari Butterworth itu turut mengaku dia memukul mangsa kerana gagal mengawal kemarahan.

Dalam kejadian 8.40 pagi Selasa lalu di kedai serbaneka di Bayan Lepas, wanita berusia 29 tahun ditampar di belakang kepala dan diugut suspek yang berang kerana tidak dibenarkan membeli tiga paket minyak masak.

Rakaman video mengenai kejadian berkenaan tular di media sosial sebelum lelaki berkenaan dikatakan melarikan diri dan bersembunyi.

Berita berkaitan

''Buh penampaq' kerana minyak...'

''Lelaki tampar juruwang wanita ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 January 2019 @ 2:28 PM