DUA kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Metro Perdana 5, Taman Usahawan
DUA kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Metro Perdana 5, Taman Usahawan
Faris Fuad


DUA kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Metro Perdana 5, Taman Usahawan, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian 3.58 pagi itu, sebuah premis berdekatan turut terkesan selepas Volkswagen dan Mercedes Benz itu terbakar 80 peratus.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini menyebut tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih disiasat.

"Tujuh anggota bomba menaiki satu jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Kita tiba di lokasi pada 5.15 pagi dan anggota berjaya memadamkan kebakaran itu sepenuhnya 30 minit kemudian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 January 2019 @ 9:57 PM