Lelaki ini diminta tampil selepas video klipnya meminta Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dipinda tular.
Lelaki ini diminta tampil selepas video klipnya meminta Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dipinda tular.
Faris Fuad


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki dalam klip video berdurasi empat minit 50 saat yang tular menerusi Facebook, sejak 22 November lalu.

Lelaki itu antara lain meminta kerajaan meminda Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dengan mengambil kira aspek kepentingan dan hak masyarakat Cina dan India di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, individu berkenaan diminta tampil membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

“PDRM memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau mengenali individu berkenaan untuk menghubungi Inspektor Mohd Nasir Abu Hasan di talian 03-2266 6071.

“Orang ramai juga boleh hubungi 013-773 6813 daripada Bahagian Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah (D5) Bukit Aman atau merujuk dengan balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Disember 2018 @ 11:07 PM