GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hadzlihady Hassan


LELAKI cuba membunuh diri dengan menikam perutnya di hadapan kedai gunting rambut di Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian 10.40 pagi itu, lelaki berusia 84 tahun terbabit cedera dengan kesan empat tikaman di perut.

Ketua Polis Daerah Timur, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, sebelum kejadian, lelaki itu lelaki berkenaan menghidap penyakit jantung serta sakit tua.

Beliau berkata, lelaki itu pernah memberitahu anak perempuannya yang juga pemilik kedai gunting rambut terbabit bahawa dia akan membunuh diri, jika dibawa ke hospital.

Bagaimanapun, anaknya terkejut apabila bapanya itu betul-betul menikam diri sendiri di hadapan kedai berkenaan.

“Anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan itu menerima maklumat berhubung kejadian terbabit dan terus bergegas ke lokasi.

“Lelaki itu kemudian dibawa ke hospital. Dia dilaporkan stabil biarpun mengalami kecederaan serius kerana ada satu kesan tikaman sedalam empat sentimeter di perutnya,” katanya.

Menurutnya, doktor akan menjalankan x-ray terhadap lelaki terbabit dalam tempoh terdekat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Disember 2018 @ 5:47 PM