KL Hawks dinobatkan sebagai Juara Liga Perdana 2017. Rashid (gambar kecil kiri) dan Nik Nazmi (kanan).    
KL Hawks dinobatkan sebagai Juara Liga Perdana 2017. Rashid (gambar kecil kiri) dan Nik Nazmi (kanan).    
Siti Nur Mas Erah Amran


PEREBUTAN jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) antara Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon tiada kaitan dengan politik.

Semalam Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyarankan pemimpin politik terutama Ahli Parlimen supaya tidak menerima pelantikan mengetuai persatuan sukan.

Nik Nazmi menegaskan penyertaannya hanya untuk memberi sumbangan ke arah memperkukuhkan arena bola sepak negara ini.

“Kami berkawan baik dan ia tidak ada kena mengena dengan politik. Beliau sahabat saya dan kami mempunyai hubungan baik,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Nik Nazmi berkata, semangat kesukanannya yang tinggi membuatkannya komited mahu memperkasa perkembangan bola sepak tanah air.

“Saya penyokong kerajaan dan tak terbabit dalam mengawal atau menyeleweng sebarang syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Saya tak ada semua itu.

“Saya hanya ada semangat kesukanan yang tinggi,” katanya mengulas kenyataan Syed Saddiq.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 November 2018 @ 5:36 PM