Hazsyah Abdul Rahman

SUAMI yang disyaki menetak isterinya hingga mati di Ladang Pintasan, Kinabatangan, semalam dikatakan berbuat demikian disebabkan terlalu marah apabila dituduh mempunyai perempuan lain.

Menurut sumber, suspek tidak dapat mengawal marah hingga hilang pertimbangan dan bertindak menetak isterinya apabila ditanya mengenai perkara itu.

"Disebabkan terlalu marah, suspek bertindak kejam dengan menetak mangsa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kinabatangan, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat berkata, kes itu selesai selepas suspek ditahan 10.30 pagi tadi.

Beliau berkata, suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

  • Lelaki disyaki tetak isteri, ditahan
  • 'Kejamnya...'

  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Oktober 2018 @ 7:14 PM