GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mary Victoria Dass


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akur dan menyerahkan budi bicara pihak berkuasa berkaitan soal pemansuhan hukuman gantung sampai mati.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sedar terdapat pihak yang melakukan tuntutan pemansuhan hukuman berkenaan.

“Kita sebenarnya serahkan kepada budi bicara pihak berkuasa.

“Ia tuntutan dilakukan pihak pihak tertentu dan kita akan akur berkaitan perkara ini.

“Saya tidak mahu mengulas berkaitan perkara berkenaan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Hari Sukan Negara di Puteri Harbour Marina di Iskandar Puteri, hari ini.

MOHAMAD Fuzi (tengah) diiringi Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd (lima kanan) bergambar bersama anggota polis ketika Program Hari Sukan Negara 2018 Peringkat PDRM Johor. FOTO Hairul Anuar Rahim
MOHAMAD Fuzi (tengah) diiringi Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd (lima kanan) bergambar bersama anggota polis ketika Program Hari Sukan Negara 2018 Peringkat PDRM Johor. FOTO Hairul Anuar Rahim

Kerajaan berhasrat memansuhkan hukuman gantung sampai mati dan menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup.

Pemansuhan hukuman gantung berkenaan menerima pelbagai reaksi dalam kalangan pihak tertentu termasuk ada pihak menyatakan sokongan terhadap pelaksanaannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong baru-baru ini menyatakan kertas kerja berkaitannya kini dalam fasa akhir.

Berita berkaitan:

Pelaksanaan hukuman mati dimansuhkan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Oktober 2018 @ 3:11 PM