MEY (duduk, kiri) dan Dr Sufean menandatangani MoU sambil disaksikan oleh (berdiri, dari kiri) Hickey, Burton dan Chian.
MEY (duduk, kiri) dan Dr Sufean menandatangani MoU sambil disaksikan oleh (berdiri, dari kiri) Hickey, Burton dan Chian.

Program sarjana di Ireland

KOLEJ Universiti Fairview (UCF) dan Fakulti Sains Pendidikan dan Kesihatan, University of Limerick menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Kuala Lumpur, malam tadi, bagi membolehkan graduan diploma pascasiswazah (International Baccalaureate) UCF mengikuti Sarjana Pendidikan (Antarabangsa) di Ireland.

Menurut kenyataan UCF, melalui kerjasama itu, graduan diploma pascasiswazah (International Baccalaureate) yang berhasrat melanjutkan pelajaran di University of Limerick (UL) perlu mematuhi beberapa kelayakan akademik dan kemahiran bahasa yang ditetapkan.

“Kedua-dua universiti (UCF dan UL) juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pengajian lain melalui program ini yang tidak terbatas kepada Sarjana Pendidikan (Antarabangsa) sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada majlis menandatangani Mou itu, Naib Presiden University of Limerick, Professor Kerstin Mey dan Naib Canselor UCF, Profesor Datuk Dr Sufean Hussin mewakili institusi masing-masing sambil disaksikan oleh Menteri Pendidikan dan Kemahiran Ireland, Richard Burton serta Pengerusi Fairview, Daniel Chian.

Hadir sama Duta Besar Ireland di Kuala Lumpur, Eamonn Hickey.

Baru-baru ini, Dr Sufean disenaraikan dalam 100 tokoh pendidik dunia oleh International Biography Centre, Cambridge, United Kingdom.

MEY (duduk kiri) dan Dr Sufean menandatangani MoU sambil disaksikan oleh (berdiri dari kiri) Hickey, Burton dan Chian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 September 2018 @ 7:23 PM