Zuraida bersama moderator, Tan Sri Johan Jaaffar di Bicara Minda, Rumah: Apa Jaminan Untuk Rakyat di Kompleks Media Karangkraf. NSTP/ROSLIN MAT TAHIR
Zuraida bersama moderator, Tan Sri Johan Jaaffar di Bicara Minda, Rumah: Apa Jaminan Untuk Rakyat di Kompleks Media Karangkraf. NSTP/ROSLIN MAT TAHIR
Zuraida di Program Bicara Minda Rumah: Apa Jaminan Untuk Rakyat di Kompleks Media Karangkraf. NSTP/ROSLIN MAT TAHIR
Zuraida di Program Bicara Minda Rumah: Apa Jaminan Untuk Rakyat di Kompleks Media Karangkraf. NSTP/ROSLIN MAT TAHIR
Faliq Lajim


PELUANG penyandang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mempertahankan jawatannya seterusnya menewaskan Rafizi Ramli dalam pemililihan parti dilihat cerah.

Calon Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata, aspirasi yang dibawa Mohamed Azmin bersama pemimpin lain (kem Mohamed Azmin) adalah bagi memperbaiki dan memantapkan parti itu menjadi lebih disegani oleh parti lawan.

“Saya rasa ramai ahli berkongsi aspirasi dengan kami (kem Mohamed Azmin) dan yakin boleh memenangi semua kawasan yang dipertandingkan dalam pemilihan ini.

“Saya rasa keputusan awal ini (Mohamed Azmin mendahului Rafizi di Pulau Pinang) akan menjadi keputusan akhir bagi pemilihan ini,” katanya ketika diminta mengulas kekalahan Mohamed Azmin kepada Rafizi di cabang Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Bicara Minda ‘Rumah: Apa Jaminan Untuk Rakyat?’ di Dewan Karangkraf Seksyen 15, di Shah Alam.

Zuraida berkata beliau tidak menolak kekalahan Mohamed Azmin di Permatang Pauh itu berikutan pengaruh Ahli Parlimen kawasan itu, iaitu Nurul Izzah Anwar yang berada di bawah kem Rafizi.

“Pemilihan parti adalah pemilihan yang dibuka kepada semua anggota di mana setiap daripadanya boleh memilih siapa calon mereka mahukan.

“Bagaimanapun, pencapaian Mohamed Azmin di cabang itu dilihat sebagai satu prestasi yang membanggakan dengan mendapat undi yang banyak,” katanya.

Sementara itu, Zuraida berkata, beliau akan memohon penangguhan sementara bagi pemilihan parti pada mesyuarat Biro Politik PKR malam ini.

Beliau berkata, ia berikutan sistem e-voting itu belum terbukti akan kaedah pelaksanaannya.

“Persediaan dan kelengkapan berkaitan sistem itu belum sempurna. Jadi, perlu ada kajian semula supaya keupayaan dan kecekapan sistem ini dapat dipertingkatkan sepenuhnya seterusnya memudahkan urusan pemilihan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 September 2018 @ 8:08 PM