PESERTA dan sukarelawan Program Memerdekakan Golongan Asnaf Anjuran Briged Sukarelawan MPB-NSTP dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Kampung Sungai Kembong Hilir.
PESERTA dan sukarelawan Program Memerdekakan Golongan Asnaf Anjuran Briged Sukarelawan MPB-NSTP dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Kampung Sungai Kembong Hilir.
Nor Afzan Mohamad Yusof

Bangi: Jalinan kerjasama antara Media Prima Berhad (MPB) melalui Tabung Kemanusiaan MPB-NSTP dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) membawa keceriaan kepada lima asnaf di Kampung Sungai Kembong Hilir, Bangi Lama di sini, semalam.

Program Gotong Royong Sempena Hari Kebangsaan bertemakan Memerdekakan Golongan Asnaf itu membabitkan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, UPNM.

SUKARELAWAN menyediakan barang bantuan untuk diagihkan kepada asnaf.
SUKARELAWAN menyediakan barang bantuan untuk diagihkan kepada asnaf.

Menerusi program itu, seramai 60 sukarelawan terdiri daripada pegawai kadet dan pelajar UPNM serta Briged Sukarelawan MPB-NSTP bergotong-royong membersih dan mengecat rumah asnaf berkenaan.

Mereka turut menerima sumbangan berupa keperluan harian dan tilam bernilai RM200 setiap seorang.

RUMAH asnaf yang dibersihkan sukarelawan untuk cipta suasana ceria.
RUMAH asnaf yang dibersihkan sukarelawan untuk cipta suasana ceria.

Majlis itu turut dihadiri Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, UPNM, Kolonel Amirudin Sulaiman dan Ketua Komunikasi Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi.

Sementara itu, Wan Abdillah berkata, program itu sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bagi memupuk dan mempromosi semangat kesukarelaan.

SUKARELAWAN membantu membersihkan rumah asnaf.
SUKARELAWAN membantu membersihkan rumah asnaf.

Katanya, MPB yang melaksanakan lebih 20 program CSR setahun berharap lebih banyak institusi pengajian tinggi tampil bekerjasama bagi mengadakan program sedemikian.

“Dalam menjayakan acara sebegini, saya turut mengharapkan sumbangan tenaga kerja sukarelawan dan sumbangan syarikat korporat serta orang persendirian,” katanya.

WAN Abdillah  menyerahkan bantuan kepada Nani Miri, 83.
WAN Abdillah menyerahkan bantuan kepada Nani Miri, 83.

Sementara itu, Amirudin berkata, program sedemikian diharap dapat melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik dan pembangunan modal insan.

“Kami berbangga bekerjasama dengan MPB yang berjaya mencapai matlamatnya dan berharap hubungan ini akan menjadi pencetus jalinan lebih erat pada masa akan datang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 September 2018 @ 9:37 AM