JENAZAH arwah di sembahyangkan di Masjid Khalid Bin Al Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. -Foto Twitter TLDM
JENAZAH arwah di sembahyangkan di Masjid Khalid Bin Al Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. -Foto Twitter TLDM
Fazrik Kamarudin

BEKAS Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan meninggal dunia, 1.55 pagi hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang diedarkan kepada media selain menerusi akaun Twitter rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Jenazah akan disembahyangkan selepas solat subuh di Masjid Khalid Bin Al Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

Selepas selesai, jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda pada 8 pagi untuk dikebumikan.

Allahyarham Anuwi diperjawatkan sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut, Markas Markas Tentera Laut pada 18 November 2015.

Sebelum itu, Allahyarham menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Allahyarham dilahirkan pada 1 Januari 1959 di Kuala Terengganu, Terengganu.

Allahyarham mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Februari 1978 dan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan pada Mei 1980.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Julai 2018 @ 7:46 AM