MANGSA  cedera dilanggar sebuah motosikal ketika bertugas dalam satu operasi sekatan jalan di Jalan Tengku Ismail.
MANGSA cedera dilanggar sebuah motosikal ketika bertugas dalam satu operasi sekatan jalan di Jalan Tengku Ismail.
Roselan Ab Malek

Temerloh: Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera selepas dilanggar sebuah motosikal ketika bertugas dalam operasi sekatan jalan di Jalan Tengku Ismail, semalam.

Pengarah JPJ Pahang Mohammad Abdullah berkata, kejadian jam 10.30 pagi itu berlaku ketika anggota berusia 34 tahun itu cuba menahan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 20-an yang dipercayai ingin melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan pihaknya.

“Anggota terbabit tercampak ke tengah jalan akibat dilanggar motosikal Yamaha 125Z dan mengalami luka di kaki serta tangan.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh dan penunggang motosikal terbabit juga sudah ditahan,” katanya.

Mohamad berkata, penunggang dan motosikal terbabit dibawa serta ditahan di Balai Polis Temerloh.

Menurutnya, satu laporan polis juga akan dibuat mangsa serta ketua operasi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Julai 2018 @ 11:21 AM