PRESIDEN PSSCM, Datuk Maideen Kadir Shah (kanan) menyampaikan replika cek kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad sebagai simbolik serahan sumbangan RM10,000 kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) ketika Majlis Hari Raya Adilfitri PSSCM 2018 di Dewan Haji Maideen, Ampangan, Seremban. Foto STR/KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN.

Khairul Najib Asarulah Khan

PERSATUAN Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) menyumbang RM10,000 kepada Tabung Harapan Malaysia (THM).

Presiden PSSCM Datuk Maideen Kadir Shah berkata, sumbangan itu sebagai usaha dalam membantu kerajaan mengurangkan beban hutang negara.

Katanya, sebagai persatuan seni mempertahan diri yang menerapkan jati diri tinggi dalam kalangan ahli, PSSCM terpanggil untuk bersama dalam menangani bebanan kewangan yang dihadapi negara.

“Walaupun kita tidak mempunyai dana daripada mana-mana parti politik, namun kita nekad untuk membantu.

“Ia sejajar dengan prinsip persatuan yang sentiasa ke hadapan dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara termasuk memastikan kemakmuran negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Sambutan Hari Raya Adilfitri PSSCM 2018 di Dewan Haji Maideen, Ampangan, Seremban, Jumaat lalu.

Sumbangan diserahkan kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Julai 2018 @ 3:11 PM