KERETA membawa Mohamed Azmin memasuki Istana Bukit Kayangan. FOTO Roslin Mat Tahir
KERETA membawa Mohamed Azmin memasuki Istana Bukit Kayangan. FOTO Roslin Mat Tahir
Khairul Azran Hussin


MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tiba di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam, pagi ini bagi menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohamed Azmin dilihat tiba dengan menaiki kenderaan rasmi pada 10.50 pagi.

Pertemuan itu difahamkan bagi membincangkan calon pengganti bagi menjawat jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Istiadat angkat sumpah jawatan untuk Menteri Besar dijadualkan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang, pada 19 Jun.

Pada 11 Mei lalu, Mohamed Azmin, 54, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau bakal mengosongkan jawatan itu dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin masih lagi memegang jawatan itu sehingga Menteri Besar baharu dipilih.

Berita berkaitan

MB Selangor baru mungkin bukan EXCO

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Jun 2018 @ 11:29 AM