SHAHIDAN Kassim pada 12 Mei 2018. FOTO Asyraf Hamzah
SHAHIDAN Kassim pada 12 Mei 2018. FOTO Asyraf Hamzah
Nor Afzan Mohamad Yusof

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, berada dalam keadaan sihat dan besar kemungkinan dibenarkan keluar hospital hari ini.

Setiausaha akhbar Shahidan, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata, Shahidan kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, sebab batuk dan selsema akibat jangkitan kuman dalam darahnya.

Katanya berita mengenai beliau uzur dek diserang penyakit aneh yang tular di media sosial, adalah tidak benar.

"Beliau tidak berhadapan penyakit serius seperti yang tular di media sosial itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, seorang pengguna Facebook berkongsi cerita kononnya Shahidan sedang uzur di hospital kerana penyakit Guillain-Barre Syndrome yang menyebabkan beliau terlantar tidak bermaya.

Sementara itu, Shahidah dalam laman FB beliau kira-kira 7 pagi tadi menulis :

"Salam... menang kalah untung, sihat, sakit, kaya, miskin , kuat, lemah adalah ujian Allah SWT untuk kita reda bersabar dan bersyukur."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mei 2018 @ 3:05 PM