FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Suhaila Shahrul Annuar


KANAK-KANAK lelaki berusia 11 tahun menjadi mangsa terbaru meninggal dunia akibat jangkitan virus rabies di Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mangsa yang berasal dari Kampung Sebangkoi Baru, Daerah Simunjan, Samarahan meninggal dunia pada 12.06 tengah hari, hari ini.

Beliau berkata, murid sekolah rendah di Simunjan itu mula menunjukkan tanda dan gejala jangkitan seperti sakit dan lemah pada bahagian kanan lengan dan muntah-muntah pada 18 dan 19 April lalu,

Menurutnya, kanak-kanak itu kemudian dibawa ibu bapanya ke klinik swasta serta Hospital Serian dan didiagnosa mengalami acute gastroenteritis (AGE).

“€œBagaimanapun ketika berada di wad Hospital Serian, keadaan mangsa semakin tenat dan pada 22 April lalu, kanak-kanak itu mengalami serangan sawan, dan seterusnya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak pada keesokan harinya untuk rawatan lanjut.

“€œSampel klinikal sudah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur dan keputusannya mendapati positif jangkitan virus rabies.

“Keadaan mangsa menjadi semakin teruk sebelum meninggal dunia pada 12.06 tengah hari tadi (semalam) dengan penyebab kematian sebagai Rabies encephalitis.

“€œMangsa disyaki berkemungkinan pernah terdedah kepada gigitan anjing atau haiwan lain yang berpenyakit rabies melalui tanda luka pada badannya yang sudah sembuh, namun hasil soal siasat bersama ibu bapa, mereka tidak dapat mengesahkan sama ada kes pernah digigit oleh anjing atau haiwan lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mei 2018 @ 7:52 PM