NAJIB (tengah) menunjukkan buku manifesto pada majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional PRU-14 di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi. FOTO Osman Adnan
NAJIB (tengah) menunjukkan buku manifesto pada majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional PRU-14 di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi. FOTO Osman Adnan
Wartawan NSTP


DUA kategori baru penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diumumkan Barisan Nasional (BN) bagi membantu rakyat mendepani kos sara hidup.

Sementara tiga kategori sedia ada untuk isi rumah berpedapatan di bawah RM3,000 ke bawah, RM4,000 ke bawah dan individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, ditingkatkan.

Dua kategori baru itu adalah untuk isi rumah berpendapatan RM4,000 hingga RM5,000 bakal menerima RM700.

Satu lagi, bantuan one-off (sekali) sebanyak RM1,500 diberi kepada anak penerima BR1M yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak ketika berucap melancarkan Manifesto BN di Stadium Axiata, Bukit Jalil turut mengemuruhkan penerima BR1M bagi semua kategori.

Bagi penerima BR1M kategori isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, katanya, pemberian BR1M pada Jun dan Ogos sebanyak RM400 dinaikkan kepada RM800, menjadikan jumlah keseluruhan RM2,000.

Katanya, bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 pula, pemberian akan digandakan kepada RM600 berbanding RM300 yang diterima ketika ini.

“Ini bermakna jumlah keseluruahn pemberian BR1M (kumpulan itu) pada tahun ini meningkat kepada RM1,000,” katanya.

Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 pula, Najib berkata, mereka bakal menerima nilai tambahan sebanyak RM150 menjadikan keseluruhannya RM600, berbanding RM450 ketika ini.

Seramai 7.2 juta rakyat Malaysia menerima BR1M dengan peruntukkan sebanyak RM6.8 bilion pada tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 April 2018 @ 11:00 PM