PEMILIK restoran dan seorang kakitangannya warga Thailand cedera ditembak suspek berjubah gelap di hadapan premisnya di Kok Lanas, Kota Bharu, hari ini.
Dalam kejadian 2.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berada di dalam restoran terbabit tiba-tiba didatangi dua lelaki menunggang motosikal.
Sumber berkata, menurut saksi, pembonceng motosikal yang berjubah gelap tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah restoran itu.
"Akibat tembakan itu, pemilik restoran berusia 35 tahun cedera di dada dan bahu kanan, manakala pekerjanya berusia 40-an cedera di punggung.
"Beberapa pelanggan yang berada di restoran berkenaan selamat daripada terkena tembakan. Suspek berjubah gelap bersama rakannya berpakaian biasa kemudian melarikan diri," katanya, hari ini.