HISHAMMUDDIN  ketika merasmikan pengagihan tepung gandum secara percuma kepada orang ramai pada Karnival Orang FELDA, Sembrong Kita, semalam.
HISHAMMUDDIN ketika merasmikan pengagihan tepung gandum secara percuma kepada orang ramai pada Karnival Orang FELDA, Sembrong Kita, semalam.
Mohamed Farid Noh


Kluang: FELDA akan memperoleh kembali tanahnya yang bernilai RM270 juta di Jalan Semarak secara rasminya minggu depan, kata Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata, pemulangan semula hak milik tanah berkenaan membuktikan komitmen berterusan FELDA dalam menjaga harta miliknya di samping kebajikan peneroka.

“Insya-Allah, FELDA akan dapat kembali hak milik tanah Jalan Semarak secara rasmi pada minggu hadapan.

“Proses penukaran nama hak milik geran tanah ke atas nama FELDA dilaksanakan minggu ini dan dijangka selesai dalam masa terdekat, semua tanda tangan yang diperlukan kita sudah dapat.

“Kami jangkakan Isnin minggu depan, semuanya selesai dan geran hak milik akan kembali di atas nama FELDA, ” katanya selepas perasmian Karnival Orang FELDA Sembrong Kita di padang FELDA Ulu Penggeli, dekat sini, semalam.

Program itu dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein merangkap Ahli Parlimen Sembrong.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Mac 2018 @ 9:27 AM