P Ramasamy (kiri) hadir ke Pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah untuk memberi keterangan. FOTO Mikail Ong
P Ramasamy (kiri) hadir ke Pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah untuk memberi keterangan. FOTO Mikail Ong
Hadzlihady Hassan


TIMBALAN Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, hari ini.

Beliau yang ditemani peguamnya, Datuk Aljit Singh Jessy, dilihat memasuki pejabat SPRM pada 8.45 pagi tadi.

Ramasamy yang ditemui sebelum itu berkata, beliau diarah hadir ke pejabat SPRM pada 9 pagi bagi memberi keterangan berhubung kontroversi projek terowong dasar laut dianggar bernilai RM3.6 bilion.

“Saya tidak terbabit secara langsung dalam projek terowong ini kerana ia bukan bawah portfolio saya.

“Namun, saya dipanggil mungkin disebabkan penulisan saya berhubung isu ini,” katanya kepada pemberita sambil menambah akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Februari 2018 @ 10:13 AM