PELAJAR gembira menerima sumbangan peralatan sekolah.
PELAJAR gembira menerima sumbangan peralatan sekolah.
HM Digital

Kota Belud: Seramai 1,200 murid dari lapan sekolah rendah dan menengah menerima bantuan kelengkapan persekolahan pada program Back to School peringkat Parlimen Kota Belud di sini, semalam.

Mereka menerima beg sekolah, pakaian seragam, kasut, stokin dan peralatan tulis sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kumpulan UEM Berhad.

Ketua Pegawai Korporat TNB Datuk Roslan Ab Rahman berkata, acara tahunan yang juga program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TNB diadakan sejak 2013
bagi meringankan beban keluarga berpendapatan rendah dan sederhana menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak mereka.

“Sehingga kini, seramai 25,000 murid dan pelajar
di seluruh negara menerima bantuan persekolahan daripada TNB,” katanya selepas program Back to School peringkat Parlimen Kota Belud di Sekolah Kebangsaan (SK) Sarang, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 January 2018 @ 6:35 AM