ISMAIL Sabri (empat, kiri) bergambar bersama Ahmad Jazlan (lima, kiri) selepas sidang media berhubung 1MPAK. Turut hadir (dari kiri) Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) KKLW, Datuk Sollehuddin Alyubibin Zakaria; Timbalan Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Azizan Mohamad Sidin; Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Borhan Dolah; Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf; Timbalan Ketua Setiausaha KKLW, Norison Ramli; dan Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA, Zulfikri Osman (kanan). FOTO Bernama

Nursyahirah Marzuki

PROGRAM Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK) dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan menjadi platform kepada belia untuk mendapatkan pekerjaan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program yang akan diterajui oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu adalah inisiatif untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada generasi muda terutama di luar bandar.

"MARA mensasarkan kira-kira 250,000 pekerjaan dalam tempoh 10 tahun akan datang dan kita percaya pelaksanaan program 1MPAK adalah usaha mereka untuk mencapai sasaran dalam membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

"Sebagai permulaan program ini akan menjelajah di 26 daerah terpilih membabitkan sebanyak 70 syarikat dari industri perkhidmatan perniagaan, elektrikal, automotif dan aeroangkasa," katanya pada sidang media Pengumuman Pelancaran 1MPAK di Putrajaya, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri KKLW; Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Borhan Dolah dan Ketua Pengarah MARA Datuk Azhar Abdul Manaf.

Ismail Sabri berkata, jelajah pertama 1MPAK akan bermula pada Sabtu ini di Bera, Pahang yang menawarkan pelbagai aktiviti termasuk padanan kerja dan temuduga, program keusahawanan serta pendidikan.

Beliau berkata, program itu bukan sahaja membuka peluang kepada graduan diploma atau ijazah tetapi ia juga memberi peluanh kepada penuntut yang mempunyai sijil kemahiran.

"Isu besar di negara ketika ini adalah peluang pekerjaan dan menerusi program ini ia dilihat dapat membantu belia yang masih menganggur memperoleh pekerjaan," katanya.

Ditanya mengenai permulaan pendapatan yang ditawarkan, beliau berkata, setiap pemohon yang berjaya mendapatkan pekerjaan melalui KKLW akan menerima pendapatan tidak kurang daripada RM1,500 atau tidak kurang daripada gaji minima yang ditetapkan kerajaan.

Menurutnya, MARA juga akan meneruskan usaha membangunkan usahawan melalui program 1MPAK yang akan membantu mereka dalam perniagaan masing-masing.

"Ini adalah fasa pertama dan selepas ini kita akan memperluaskan lagi di daerah lain seluruh negara bagi meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 January 2018 @ 10:32 PM