Syazwan Msar


TIGA kawasan masing-masing di Sungai Buloh, Rawang dan Kota Damansara, dilanda banjir kilat hingga menyebabkan beberapa laluan ditenggelami air sekali gus tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, antara kawasan yang terjejas akibat banjir kilat terbabit adalah Kampung Bahagia berhampiran Bukit Lagong, Gombak, Jalan Persiaran Surian, Kota Damansara dan beberapa laluan di sekitar Rawang.

Katanya, hujan lebat dalam tempoh tidak sampai sejam itu menyebabkan laluan terbabit dinaiki air setinggi 0.3 hingga 0.6 meter.

KEADAAN banjir di beberapa kawasan sekitar Selangor. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN banjir di beberapa kawasan sekitar Selangor. FOTO Ihsan Bomba

“Banjir kilat itu menyebabkan laluan berkenaan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan sekali gus berlakunya kesesakan lalu lintas di berikutan aliran trafik tersekat.

“Setakat ini tiada laporan membabitkan mangsa cedera dan setakat ini jumlah kerugian harta benda belum dapat dikenal pasti lagi,” katanya.

Oleh itu, JBPM menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan menggunakan laluan alternatif selain patuh kepada arahan pihak berkuasa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 January 2018 @ 7:48 PM