BANJIR kilat yang melanda Jalan Damansara.
BANJIR kilat yang melanda Jalan Damansara.
Oleh Mohd Husni Mohd Noor


KEJADIAN banjir kilat di Lembah Klang baru-baru ini ada kaitan dengan fenomena cloudburst (hujan berserta ribut) yang melanda negara sekali dalam tempoh 25 tahun.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar berkata, fenomena itu membawa taburan hujan yang tinggi dan boleh menyebabkan banjir kilat.

“Kita hadapi banjir kilat ini sebab pembangunan dan penduduk yang pesat di Lembah Klang.

“Malah, kita juga tidak ada keperluan untuk kita atasi masalah ini kerana ia membabitkan perubahan iklim,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Bagaimanapun, katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kewangan akan menjalankan kajian bagi mengatasi isu banjir kilat di Lembah Klang sebagai persediaan masa hadapan.

Dr Xavier berkata, pihaknya menganggarkan RM54 juta diperlukan bagi kos selenggara saja bagi mengatasi isu banjir kilat di Lembah Klang

“Perlu belanja besar untuk kos selenggara,” katanya.

Baru-baru ini, beberapa lokasi di Lembah Klang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berserta ribut menyebabkan beberapa laluan ditenggelami air termasuk tanah runtuh dan pokok tumbang.

 DR Xavier
DR Xavier

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 November 2019 @ 6:50 AM