Lelaki berusia 54 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas merogol wanita berusia 28 tahun yang juga jirannya di Kampung Sungai Yu, Bukit Meriam, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, semalam. FOTO Omar Osman

Omar Osman

JIRAN durjana tergamak menceroboh sebelum merogol seorang wanita di dalam bilik tidur di kediaman mangsa di Kampung Sungai Yu, Bukit Meriam, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, semalam.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun yang pulang ke rumah, terus masuk ke dalam bilik dan tertidur.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, bagaimanapun tiba-tiba dia tersedar apabila mukanya ditutup dengan kain oleh suspek berusia 54 tahun menyebabkan dia melawan namun gagal.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak merogol mangsa dan sebaik selesai dia terus melarikan diri melalui pintu hadapan rumah menuju ke hutan berhampiran kediaman mangsa.

"Mangsa kemudian terus ke rumah kakaknya dan menceritakan kejadian yang berlaku sebelum tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Muda.

"Siasatan mendapati suspek tinggal di belakang rumah mangsa dan susulan laporan itu kita menahannya malam tadi di rumahnya," katanya.

Saifi berkata, suspek direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 January 2018 @ 6:11 PM