Mohd Khidir Zakaria


JURUTEKNIK pergigian berusia 28 tahun ditemui mati dalam bilik di rumahnya di Kuarters Klinik Kesihatan Lukut, Port Dickson, 8.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, mayat Mahusin Abd Rahim ditemui rakannya yang pergi ke rumah mangsa di tingkat empat kuarters berkenaan selepas dia tidak hadir bertugas sejak Jumaat lalu.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di atas tilam dan sudah membengkak dipercayai meninggal dunia lebih 72 jam sebelum ditemui.

PEGAWAI penguat kuasa JKNT membuat pemeriksaan di lokasi pemasangan pendakap gigi haram di Kampung Losong, Kuala Terengganu, hari ini. Pegawai penguat kuasa JKNT mengambil keterangan daripada pelanggan (gambar kecil). FOTO Aslina Abu Bakar
PEGAWAI penguat kuasa JKNT membuat pemeriksaan di lokasi pemasangan pendakap gigi haram di Kampung Losong, Kuala Terengganu, hari ini. Pegawai penguat kuasa JKNT mengambil keterangan daripada pelanggan (gambar kecil). FOTO Aslina Abu Bakar

"Polis yang menerima maklumat kejadian segera ke lokasi menjalankan siasatan. Berdasarkan pemeriksaan di rumah mangsa, kita (polis) tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau kelakuan jenayah.

"Bagaimanapun, dompet dan motosikal milik mangsa tidak ditemui. Kita masih menjalankan siasatan berhubung kehilangan itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Zainudin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD) dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat diperoleh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 January 2018 @ 6:35 PM