(Gambar fail) Sepasukan Unit Tindakan Ringan (LSF) Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Utara bertindak menangani rusuhan yang dilakukan sekumpulan 30 individu ketika eksesais Real Move Ex Undi Persedian PRU-14 Fasa 4. (Gambar kecil) Zulkifli.
(Gambar fail) Sepasukan Unit Tindakan Ringan (LSF) Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Utara bertindak menangani rusuhan yang dilakukan sekumpulan 30 individu ketika eksesais Real Move Ex Undi Persedian PRU-14 Fasa 4. (Gambar kecil) Zulkifli.
Izlaily Nurul Ain Hussein


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) bakal menyediakan 64,000 pegawai dan anggota untuk bertugas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, PDRM akan menggunakan kekuatan maksimum pegawai dan anggota mereka di semua pusat mengundi terutamanya pada hari mengundi.

"Kita tidak menjangka akan berlaku masalah sama ada pada hari penamaan calon, kempen atau hari mengundi itu sendiri, tetapi kita tetap kena bersedia.

"Kini, kita dalam proses untuk menentukan anggota-anggota yang belum menjalani latihan, kita akan persiapkan mereka dengan latihan yang sepenuhnya.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga kini membantu dari segi peralatan dan keperluan lain bagi kegunaan kita untuk tujuan penugasan yang lebih sempurna," katanya ketika sidang media di DALAC Marine Engineering & Services Sdn Bhd di Masai, Johor, hari ini.

Beliau berkata, pusingan kedua latih amal bagi persediaan menghadapi PRU ke-14 akan diadakan pada bulan depan.

Katanya, pusingan pertama latih amal yang dilaksanakan sebelum ini dapat mempersiapkan pegawai serta anggota untuk bertindak dalam sebarang situasi dan latihan seumpama itu akan diteruskan bagi memastikan persediaan PDRM lebih mantap.

"," katanya.

Bagaimanapun, 64,000 pegawai dan anggota yang ditugaskan pada PRU ke-14 itu tidak termasuk dengan kekuatan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Pencegah Rusuhan (PORU).

Selain itu, katanya, 5,000 Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) juga akan diarahkan untuk membantu di balai-balai polis bagi menggantikan anggota lain yang keluar bertugas di pusat mengundi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2018 @ 2:02 PM